Proses Pengislaman
Abad ke-7 —13 M kebanyakannya
dijalankan oleh orang-orang Arab sendiri.
Abad ke-13 M dan seterusnya yang
dijalankan oleh mubaligh-mubaligh India, Arab dan juga orang-orang tempatan.
Aliran pemikiran
Perubahan luaran: antara
1200-1400M bidang Fiqhiah banyak berperanan sedangkan konsep Tauhid masih
kabur.
Perubahan jiwa: Pada tahun
1400-1700M di samping meneruskan proses fiqhiah didedahkan ilmu Tasawuf dan
Tauhid
Tahun 1700 M dan seterusnya, di
samping menyambung tahap-tahap (1) dan (2) di atas, tahap inilah bermulanya
proses Westernisation, rasionalisme, individualisme dan sekularisme.
Faktor Kedatangan Islam ke Nusantara
Faktor perdagangan telah membawa
orang-orang Arab ke Nusantara, iaitu sejak zaman Jahiliah lagi.
Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah
pada peringkat awalnya adalah dilakukan oleh orang-orang Arab sendiri.
Missi-missi dakwah Islamiah ke
Nusantara telah bermula sejak zaman Rasulullah lagi, dan semakin diperhebatkan
oleh Umar Abdul Aziz. Semuanya ini berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi.
Teori-Teori Kedatangan Islam
Beberapa teori telah dikemukakan tentang
asal-usul Agama Islam di Nusantara sama ada ianya datang melalui:-
1.
India
2.
China atau
3.
Terus dari Arab atau Parsi.
Teori dari India
Van Ronkel berkata Islam dibawa
dari India Selatan alasannya bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri
mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India
Selatan.
Moquette pula mengemukakan bukti
tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di Gerisek (1419)
dengan batu nisan di Gujerat.
G.E. Morrison berpendapat
Bengal-lah yang lebih dulu menerima Islam dari Gujerat iaitu setelah ditawan
oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke-13 M
Gujerat bermazhab Hanafi,
sedangkan Nusantara seperti Bengal yang bermazhab Shafie. Sebab itu Bengal
lebih menasabah dari Gujerat sebagai tempat kedatangan Islam.
Ada yang mengatakan Islam dibawa
dari pantai Malabar (Coromandel), sebab kawasan ini menganut mazhab Shafie.
Dikatakan Fakir Muhammad berasal
dari Malabar dan mengislamkan Merah Silu (Malikus-Salleh) di Pasai. Hamka
mengatakan Malabar hanya tempat persinggahan Syeikh Ismail yang diutus oleh
Sharif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu.
Teori dan China/Indochina
Syed Naguib Al-Attas berkata
pemberontakan di Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan lebih 120,000
kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan
berhijrah ke Kalah (Kedah).
S.Q. Fatimilah berkata adanya
kerajaan Bani Champa (1000-1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari
Damshik. Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai
batu nisan di Champa Selatan.
S.Q Fatimi mengatakan ada
persamaan nisan Fatimah binti Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan
batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.
Batu Bersurat di Teluk Cik Munah,
Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu
Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti ini dapat juga
menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur dari China atau
Indochina.
Teori dari Arab/Parsi
Bukti untuk menguatkan teori ini tidaklah
sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di
kawasan Asia Tenggara
Kata Wang Gungwu dan C.A. Majul
sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-kegiatan perdagangan dari
India dan Mesir, mereka mulai menguasai perdagangan 'Nanhai' (Asia Tenggara).
Hujjah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas
Hasil kesusasteraan keagamaan
yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam
Mubaligh-mubaligh lama Islam di
daerah ini terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi seperti yang ternyata
pada gaya nama dan gelaran mereka masmg-masing.
Kandungan faham keagamaan yang
dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India seperti
penghuraian akidah,
Ilmu Tasawuf,
bentuk tulisan Jawi,
nama gelaran bagi hari-hari
mingguan,
cara melafazkan Al-Quran
Hujjah Hamka
Pengislaman ke negeri-negeri
Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh
Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad'
(keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan
Merah Silu.
Pengislaman Parameswara dilakukan
oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.
Pengislaman di Acheh dirintis
oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama muridnya
Burhanuddin.
Maulana Malik Ibrahim (salah
seorang Wali Songo) yang turut mempelopori penyiaran Islam di Jawa adalah
keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Sayidina Ali bin Abi Talib.
Susan Gunung Jati atau Sharif
Hidayatullah salah seorang Wali Songo yang turut mengembangkan Islam di Jawa
juga dikatakan keturunan bangsawan Quraisy.
Pengislaman Raja Kedah seperti
tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani,
seorang ulama Arab.
Pengislaman di Sukadana,
Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Makkah.
Sampai kini Raja-Raja Brunei
menganggap bahawa nenek-moyang mereka adalah bangsa Arab, keturunan Nabi.
Kemasukan Islam ke Mindanao
dimulai oleh keturunan-keturunan Sharif dari Makkah, seperti Sharif Kebungsuan
yang datang dari Johor
Pengislaman di Pulau Sulu
diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara.
Sezaman dengan tegaknya kerajaan
Samudera-Pasai dengan kerajaan Mameluk di Mesir yang menganut mazhab Shafie.
Faktor-Faktor Perkembangan Islam
1.
Isi kandungan ajaran Islam.
2.
Hikmah atau cara
penyampaian.
3.
Pendakwah.
4.
Masyarakat.
Isi Kandungan Ajaran Islam
Ajaran Islam yang mudah difahami
Mudah pula diamalkan
Pokok ajaran Islam terletak
kepada konsep Tauhid
Tidak berbelit-belit agama-agama
lain.
Islam tidak membezakan seseorang
individu dengan individu lain.
Islam juga mudah diterima kerana
ada persamaan setengah nilai-nilai tempatan seperti mistik Melayu dengan
Tasawuf Islam.
Metode atau hikmah dalam penyampaian
Firman Allah s.w.t. Terjemahan:
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau
serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang
lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang
lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al
Nahl:125).
Supaya mudah menendekati
penduduk-penduduk Nusantara, pendakwah-pendakwah terpaksalah berbicara dalam
bahasa yang mudah difahami.
Bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca juga dibuat atas dasar persamaan sifatnya dengan bahasa Arab
sendiri.
Melalui bahasa Melayu itu,
timbullah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui tulisan. Maka terkenallah
nama-na- ma seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Bukhari, Al-Jauhari,
Shamsuddin Al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lain.
Melalui karya-karya merekalah
agama Islam dapat tersiar dengan lebih meluas dan pesat. Semuanya dengan
menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa Islam di rantau ini.
Khusus di Tanah Jawa penyiaran
Islam tidak dapat dilakukan melalui bahasa Melayu, maka untuk mendekati mereka,
terpaksalah para-para mubaligh bertolak-ansur dengan sebahagian cara hidup
mereka. Dengan itu lahirlah mubaligh-mubaligh di Jawa yang lebih terkenal
dengan gelaran 'Wali Songo'. Antara wali-wali sembilan yang sangat berjaya
dalam penyiaran Islam secara pewayangan ini ialah Sunan Giri dan Sunan Bonang.
Penyesuaian bentuk-bentuk wayang
tradisi Jawa dengan wayang Islam berlaku baik dalam bentuk mahupun isinya
disesuaikan dengan semangat Islam. Misalnya cerita-cerita Pandawa Lima
merupakan simbol Rukun Islam yang lima, atau Lima Waktu Solat.
Penaklukan di Nusantara lebih
bermotif politik atau ekonomi sedangkan Islam hanya tersebar secara tidak
langsung saja.
Penaklukan oleh kerajaan Melaka
atau Acheh bukannya untuk menyebarkan Islam tetapi implikasinya Islam lalu
tersebar ke negeri-negeri taklukannya.
Pendakwah
Islam adalah agama dakwah
Tugas berdakwah bukannya hak
sesuatu pihak
Setiap Muslim wajib berdakwah
sekadar kesanggupan
Firman Allah s.w.t Terjemahan:
Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang
Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan)
tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka
pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya).
(Surah al Hujurat:15).
Dituntut agar dibentuk sekumpulan
orang yang khusus bertugas untuk berdakwah tanpa mengenepikan peranan
pihak-pihak lain.
Terjemahan: Dan hendaklah ada di
antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada
Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah
orang-orang Yang berjaya. (Surah ali Imran:104).
Terdapat golongan pendakwah
'profesional' dan 'sambilan' yang menimbulkan teori mubaligh (missionary
theory) sebagai salah satu faktor perkembangan Islam.
Di antara pendakwah yang
profesional itu seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke
Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang mengislamkan
Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja
Kedah dan sebagainya.
Peranan ahli-ahli Sufi dalam
penyebaran Islam di Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo'
yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.
Terdapatlah para pedagang yang
juga berperanan sebagai pendakwah.
Hubungan perdagangan yang erat
antara Jawa dengan Melaka.
Hubungan inilah yang menimbulkan
semacam anggapan bahawa "tanah Jawa diislamkan oleh Melaka".
Perang Salib (1097-1292)
pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk menyiarkan
Islam.
Masyarakat
Pendakwah yang baik ialah yang
dapat memahami corak masyarakat.
Kejayaan besar dakwah Islamiah di
Nusantara adalah disebabkan para pendakwah yang pintar.
Mereka sedar bahawa masyarakat
feudal Melayu sangat dihormati.
Apabila raja-raja mereka sudah
memeluk Islam, maka rakyat pun berbondong-bondonglah mengikuti jejak raja.
Faktor perkahwinan diraja juga
sangat berkesan dalam menyebarluaskan Islam.
Perkahwinan Parameswara dengan
puteri raja Pasai, atau perkahwinan puteri-puteri raja Melaka sendiri dengan
raja-raja di tanah jajahannya
Sebagai suatu ikhtiar agar
para-para pedagang terus menetap di dalam negerinya, mereka digalakkan
berkahwin dengan puteri pembesar-pembesar tempatan.
Walaupun motif ekonomi tetapi
implikasinya sangat penting dari segi perkembangan Islam.
Walau bagaimana pun faktor
HIDAYAH itulah yang menentukan segala-galanya.
Pengaruh Islam Di Alam Melayu
Zaman Pra Islam
Animinsma, Hindu dan Budha
Kedatangan Islam mempengaruhi
dalam:
1.
Akidah
2.
Ibadah
3.
Syariat
4.
Akhlak
ZAMAN HINDU-BUDDHA DI ASIA TENGGARA
Masyarakat tempatan sedikit
banyaknya telah dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh Hindu.
Golongan bangsawan sajalah yang
menganuti agama Hindu dengan bersungguh-sungguh.
Masyarakat umumnya, mereka lebih
asyik kepada sifat kesenian daripada sifat falsafah, sejajar dengan bawaan asli
mereka sendiri.
Agama Buddha kurang kesannya
kecuali bidang kesenian seperti terjelma pada candi Borobodur itu.
Faktor bahasa juga menghalang
pengaruh Hindu atau Budha secara meluas.
MUNCULNYA ZAMAN BARU DI ASIA TENGGARA
Timbulnya Zaman Pertengahan di
Eropah disebabkan kebangkitan Islam di Asia Barat.
Kehancuran Zaman Pertengahan dan
timbulnya Zaman Renaissance sebagai asas Zaman Moden di Eropah
Ini berlaku kerana wujud
perhubungan mereka dengan tamadun Islam
Hal yang sama berlaku di
Nusantara
Pengaruh Islam di Nusantara telah
menyebabkan berlakunya proses Islamisasi.
Kebanjiran istilah-istilah Arab
turut merubah world-view orang-orang Melayu
Kedatangan Islam bukan hanya
bermakna kedatangan suatu agama dan suatu bahasa, bahkan dari segi sosialnya,
terbentuk pula suatu konsep bangsa yang dinamakan bangsa Melayu.
Dari segi politik tertubuhnya
kerajaan-kerajaan Melayu-Islam iaitu di Pasai, Acheh, Demak dan sebagainya.
Islam berjaya pula meninggalkan
kesan-kesan di dalam sistem perundangan Melayu
Dari segi ekonominya pula,
kedatangan Islam ternyata sekali membawa revolusi besar dalam perdagangan
Kedatangan Islam-lah maka
kegiatan-kegiatan perdagangan meluas sehingga tidak lagi terbatas di Lautan
India, bahkan sampai menjangkau Laut Merah, ke Laut Parsi, ke Laut
Meditteranean, dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan Eropah.
Kedatangan Islam menjadi punca
kehidupan masyarakat Kepulauan Melayu telah beralih dari India ke Timur Tengah
Semua perubahan-perubahan yang
berlaku ini menyebabkan timbulnya suatu Zaman Baru
Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
Sebelum kedatangan Islam penduduk
di Nusantara umumnya beragama Hindu.
Islam memperkenalkan sistem
zakat, fitrah, sedekah, kafarah, wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan
fenomena baru dalam masyarakat Melayu
Kedatangan Islam telah membuka
fikiran orang Melayu maka lahirlah rasionalisme dan intelektualisme dalam
masyarakat Melayu
Kelahiran unsur rasionalisme
menjadi cabaran kepada unsur khurafat, dongeng, khayalan, fantasi, dewa-dewa
dan pari-pari.
Kedatangan Islam mendorong ke
arah penghayatan ilmu pengetahuan dan daya berfikir menyebabkan lahirnya
buku-buku ilmiah.
Agama Islam dengan semangat
jihadnya memberi inspirasi untuk menyintai tanahair
Islam berperanan menyatupadukan
tenaga politik setempat menentang penjajah dari Barat.
Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Wujud persaudaraan di dalam
sebuah-sebuah kampung.
Masjid merupakan tempat tumpuan
terutama pada hari-hari Jumaat
Masjid merupakan balai
permesyuaratan
Ciri-ciri kebudayaan Islam di
Nusantara
Agama mendapat tempat yang begitu
baik
Melahirkan keamanan
Kesejahteraan
Bersatu padu
Kasih sayang
Islam sebagai agama yang
menggalakkan perkembangan ilmu
Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Pusat-pusat pendidikan Islam
didirikan
Masjid
Surau
Sekolah agama
Quran
Fekah
Tasawuf
Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
Undang-undang Islam Mazhab Shafie
Pengaruh undang-undang Islam
Undang-undang Luaran di Filipina
Hukum Kanun Melaka di Semenanjung
Tanah Melayu.
Undang-undang adat terpengaruh
dengan undang-undang Islam.
Pengaruh Islam Di Alam Melayu -
Kebudayaan
Bidang politik
Sistem Kesultanan Melayu Melaka.
Negeri-negeri yang lain seperti
Terengganu dan Pahang.
Undang-undang Melaka
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Pahang 1592
Kerajaan Aceh menjalankan
undang-undang Islam
Pengaruh Islam Di Alam Melayu -
Kebudayaan
Bidang sosial
Islam telah memperkenalkan konsep
sama rata
Wujud unsur demokrasi sebagai
ganti sistem kasta Hindu
Islam telah menghapuskan semangat
kedaerahan
Islam membentuk perpaduan melalui
konsep ummah
Proses perpaduan dicapai melalui
perlakuan ibadat
Pengaruh Islam Di Alam Melayu -
Kebudayaan
Bidang ilmu
Apabila memeluk agama Islam
mereka mempelajari Quran
Tujuan menunaikan fardu
sembahyang
Tahap ini digalakkan belajar
membaca
Diikuti pula dengan proses
pembelajaran
Penulisan bahasa Melayu
menggunakan huruf Quran
Buku-buku mengenai agama Islam
dikarang
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kebudayaan
Bidang ilmu
Lahirlah institusi-institusi
agama Islam
Madrasah
Surau
Masjid
Pondok
Langgar
Rangkang
Pesantren (Pulau Jawa disamakan
dengan universiti Islam)
Pengajian agama Islam serta
penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan
Zaman permulaan Islam pendakwah
telah menulis
Risalah agama mengenai rukun iman
rukun Islam
Ditulis berkenaan cerita-cerita
Hikayat Nur Muhammad
Hikayat Makjizat Nabi
Hikayat Nabi Bercukur
Hikayat Nabi Wafat
Hikayat Nabi Mikaj
Hikayat Nabi Muhammad Dengan
Iblis.
Hikayat Puteri Salamah - tugas
seorang isteri dalam Islam.
Hikayat Seribu Masalah - dialog
Nabi dengan Yahudi
Hikayat Nabi Mengajar Ali
Hikayat Nabi Mengajar Anaknya
Fatimah
Hikayat Nabi Dengan Orang Miskin,
dan lain-lain.
Cerita-cerita Dalam al-Quran
Hikayat Nabi Sulaiman
Hikayat Nabi Musa
Hikayat Nabi Yusuf
Hikayat Nabi Zakaria
Hikayat Lumkan al- Hakim
Hikayat Nabi Allah Ayub
Hikayat Nabi Musa Munajat dan
lain-lain.
Cerita-cerita sahabat Nabi dan
tokoh Islam
Hikayat Abu Bakar
Hikayat Amir al-Mu'minin Umar
Hikayat Abu Syahmah
Hikayat Abu Bakar dan Rahib
Yahudi
Hikayat Raja Khandak
Hikayat Hassan dan Hussain
Hikayat Tamin al-Dari dan
lain-lain.
Cerita-cerita pahlawan Islam
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Semaun
Hikayat Bayan Budiman
Hikayat Kalilah Dan Daminah
Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.
Cerita-cerita tentang ahli-ahli
sufi
Hikayat Sultan Ibrahim
Hikayat Abu Yazid Bistami
Hikayat Syeikh Abdul Kadir
Jailani
Hikayat Rabe'ah
Cerita-cerita rekaan
Hikayat Raja Damsyik
Hikayat Jauhar Manikam
Hikayat Hassan Damsyik
Hikayat Sultan Bustaman
Hikayat Gul Bakawali
Hikayat Umar Umaiyah
Hamzah Fansuri
Penulis tasawuf
Syair Dagang
Syair Burung Pungguk
Syair Perahu
Syair Burung Pinggai
Syair Sidang Fakir
Pujangga
Syekh Abdul Rauf Singkel
Bercorak tasawuf
Syair Makrifat
Abdul Rauf
Syair Takrif al-Huruf (tasawuf)
Tanpa pengarang
Syair Makrifat dan Alam Tasawuf
Syair Mistik dan Tauhid
Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat
Syair Kiamat
Syair Cerita Dalam Kubur.
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan
Agama Islam ialah agama rasmi
bagi Persekutuan Tanah Melayu
Dalam perlembagaan Malaysia Bab
(3)
Ceraian (1), iaitu agama Islam
menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu.
Ceraian (2) pula menyatakan
bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang, kedudukan Sultan
sebagai Ketua Agama
Pulau Pinang dan Melaka Bab (3)
itu menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang
akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di
negeri-negeri itu
Dalam bidang perundangan mengenai
hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh.
Kerajaan Pusat tidak boleh
membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih
dahulu mendapat persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan.
Menurut perlembagaan itu, bahawa
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di
negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang
Di tiap-tiap buah negeri
Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk sebuah pejabat agama untuk
mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam.
Majlis ini diketuai oleh seorang
Yang di-Pertuan.
Kadi-kadi dan Kadi Besar yang
bertanggungjawab bagi membicarakan soal:
Perceraian
Khalwat
tidak berpuasa di bulan Ramadan
enggan menunaikan sembahyang
Jumaat
bersekedudukan
Majlis agama juga
bertanggungjawab mengeluarkan tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam
tiap-tiap negeri itu.
Mufti berperanan mengeluarkan
fatwa berkaitan kepentingan agama
Majlis Agama bertanggungjawab
mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan mentadbirkannya untuk kebajikan orang
Islam.
Pengaruh Islam Di Alam Melayu -
Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia Bab (12)
Ceraian (2) menyatakan: "Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi
bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian
Islam, atau mengadakan pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam.
Undang-undang Pelajaran 1956
Bahagian 49 antaranya menyebutkan. "Manakala ada 15 orang murid atau lebih
beragama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agama
hendaknya diadakan."
Jabatan Perdana Menteri mempunyai
peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya pentadbiran
Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
Bantuan kewangan juga diberi
kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam
di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi.
Jabatan Perdana Menteri
menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan
penyelidikan melalui Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri
Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
Malaysia sekarang adalah lanjutan
daripada politik-politik Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor,
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Ia ada kesinambungan dengan
pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud seperti Srivijaya, Temasik
(Singapura), Langkasuka, Melaka dan Johor-Riau-Lingga
Kesemua politik ini dikenali
sebagai Alam Melayu atau Nusantara.
Paksi utama yang menyumbang
kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu
Pengaruh Islam menjadikan
negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang yang berasaskan adat Melayu dan
perundangan Islam.
Undang-undang Melayu:-
Melaka memiliki Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
Johor dengan Undang-undang Johor
dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)
Pahang dengan Undang-undang
Pahang
Kedah dengan Undang-undang Kedah
Terengganu dengan Itqan Al-Mulk
(Perlembagaan Negeri Terengganu 1911)
Perak dengan Undang-undang II dan
Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak
Negeri Sembilan pula dengan Hukum
Adat atau Undang-undang Adat
Tamadun Melayu sebagai asas
pembinaan Tamadun Malaysia
Tamadun Melayu telah dimantapkan
oleh Islam
Islam terus menjadi faktor
definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu dan
beragama Islam.
Perkembangan Islam di Alam Melayu
menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu menjadi bahasa
utama dalam
1.
Tulisan
2.
Kitab-kitab agama
3.
Kesusasteraan Melayu
4.
Komunikasi
Akta Pendidikan 1961, telah
menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan
negara, dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
juga menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam.
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212,
04-988-2701
Email:
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment