Sunday, October 18, 2015

BAB : EMPAT (SISTEM ISLAM)

4.1 SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Asas kekeluargaan Islam adalah bermula daripada perkahwinan.
Sejarah perkahwinan bermula antara Nabi Adam a.s. dengan Hawa.
Syariat perkahwinan ini diteruskan oleh anak-anak Adam a.s.

Bentuk-Bentuk Perkahwinan
1.    Poligami/poligini : ramai isteri
2.    Poliandri : ramai suami
3.    Monogami: suami atau isteri hanya satu.

Islam menggalakan berkahwin satu isteri.
Poligami dalam Islam tidak melebihi 4.
Poligami Yahidi tidak ada had.
Poligami China melebihi 130 isteri.

Hukum Berkahwin Dalam Islam
1.    Wajib : Mengelak dari zina
2.    Sunat : Berkemampuan
3.    Harus : Tiada unsur halangan
4.    Makruh : Kurang berkemampuan
5.    Haram : Tidak ada kemampuan

Hikmah Perkahwinan
Memperolehi ketenangan
Memelihara kesucian diri
Melaksanakan tuntutan syarak
Menjaga keturunan
Sebagai media pendidikan
Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab
Dapat menghubungkan silaturrahim
Islam menolak rahbaniyyah
Kependitaan tiada dalam Islam
Rahbaniyyah adalah ajaran kristian
Menolak amalan perkahwinan atas sebab alasan sibuk bekerja
Islam menolak ibahiyah

Islam melarang pergaulan seks bebas:-
Keruntuhan akhlak
Anak tidak sah taraf
Merebaknya penyakit
Bertambahnya bujang terlajak dan andartu
Keruntuhan rumah tangga disebabkan hal-hal yang remeh
Islam melarang homoseksual dan lesbian

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam
Allah s.w.t. mencipta lelaki dan wanita
Perkahwinan mewujudkan kasihsayang
Perkahwinan membentuk keluarga
Rumahtangga adalah masyarakat kecil
Kepincangan seperti kahwin lari, tangkap basah dan pak sanggup hendaklah dihindari

Kewajipan Suami / Bapa
Pelindung keluarga
Menyediakan nafkah dan ilmu pengetahuan
Kasih sayang dan belas kasihan
Mendidik isteri dan anak dengan baik
Menikahkan anak dengan orang yang soleh

Kewajipan Isteri / Ibu
Bergaul dengan cara yang baik
Mengendalikan kerja rumah
Berhias di hadapan suami
Pujuk memujuk
Taat kepada suami
Menjaga kehormatan diri
Kasih sayang

Peranan Ahli Keluarga
Memahami tugas masing-masing
Bapa atau suami sebagai ketua keluarga dan sentiasa berakhlak mulia
Isteri taat kepada suami
Anak taat kepada ibu bapa
Ibu mertua hendaklah mewujudkan suasana baik dengan menantu
Sensitiviti haruslah dijaga bersama supaya tidak menjejaskan keluarga

Ciri-Ciri Penting Individu Dalam Keluarga
Menyedari diri sendiri adalah salah seorang dari ahli keluarga
Berazam meningkatkan peribadi yang baik dan menambahkan ilmu pengetahuan agama
Utamakan sifat-sifat mahmudah dan tinggalkan sifat-sifat mazmumah
Solat secara berjamaah dan membaca al Quran

4.2 Sistem Kemasyarakatan
Masyarakat ertinya kelompok jiran saling kenal mengenali dan bekerja sama

Kebudayaan ertinya cara hidup yang dikembangkan oleh sesebuah masyarakat

Islam ertinya sistem hidup atau al din iaitu tatacara hubungan diri dengan Allah s.w.t., manusia dan alam sekitar kerana Allah

Masyarakat Islam bererti masyarakat yang mengamalkan cara hidup berasaskan al Quran dan al Sunnah dalam kehidupan

Institusi Kemasyarakatan Islam
Institusi kemasyarakatan Islam adalah untuk memenuhi ketentuan al Quran dan al Sunnah:
Sistem bermasyarakat
Menjaga keutuhan masyarakat
Sistem pengawasan masyarakat
Menghayati rukun iman
Menghayati rukun islam
Menghayati ihsan

Asas-Asas Hubungan Sosial
1.    Ta’aruf / saling mengenali
2.    Tafahum / persefahaman
3.    Ta’awun / saling membantu
4.    Ukhuwah / persaudaraan
5.    Mahabbah / saling berkasih sayang
6.    Tadhamun / saling jamin menjamin

Peringkat individu > bersedia menjadi orang yang baik
Peringkat keluarga > menghormati ibu bapa
Peringkat masyarakat > hubungan baik dengan masyarakat

Aplikasi Hubungan Sosial
Kemesraan dalam berkomunikasi
Budaya ziarah menziarahi
Mengambil berat dan mengambil tahu
Saling memuliakan antara satu sama lain
Kejiranan
Orang yang hampir sekitar 40 buah rumah
Mengutamakan hak kejiranan
Beri hadiah jiran yang paling hampir
Tidak menyakiti hati jiran
Tidak sangka buruk kepada jiran
Berlapang dada dengan jiran
Menjaga lisan terhadap jiran
Wujudkan persefahaman dengan jiran
Berjiran dengan non-muslim janganlah sampai merosakkan akidah, syarat dan akhlak seorang muslim.

Ciri-Ciri Masyarakat Islam
Berakidah, beragama dan bertakwa
Masyarakat seimbang dunia dan akhirat
Masyarakat universal yang tidak mengira bangsa, keturunan dan warna kulit
Masyarakt progresif yang melakukan amar makruf dan nahi munkar
Masyarkat merdeka dan bebas melaksanakan perintah Allah s.w.t.

4.3 Sistem Kenegaraan Islam
Politik atau siyasah ertinya pengurusan pemerintahan
Politik Islam telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. memeprkenalkan asas-asas politik Islam di Madinah

Asas-Asas Politik Islam
Tauhid
1.    Konsep alam semesta dikuasai oleh Allah s.w.t
2.    Sifat-sifat kekuasaan adalah milik Allah s.w.t.
3.    Risalah
4.    Politik Islam berasaskan risalah dari Allah s.w.t.
5.    Kuasa perundangan tertinggi adalah milik Allah s.w.t.

Khilafah
1.    Memikul tugas untuk kemaslahatan dunia dan akhirat
2.    Membentuk pemerintahan Islam
3.    Tidak ada unsur sekular
4.    Pelantikan Khalifah
5.    Melalui Bi’ah

Sistem Politik Islam
Syarat Siyasah Shar’iyyah

Keselariannya dengan roh syariat

Tidak bertentangan dengan dalil-dalil syari’i

Hendaklah ia merialisasikan prinsip-prinsip berikut:
1.    Al Syura ( الشورى ) / Pemesyuaratan
2.    Al Hurriyah ( الحرية ) / Kebebasan
3.    Al Musawah ( المساوة )/ Persamaan
4.    Al ‘Adalah (العدالة ) / Keadilan
5.    Al Masuliyah ( المسؤلية ) / pertanggung jawaban (akauntabiliti)
6.    Al Syura ( الشورى ) / Pemesyuaratan

Ali ‘Imran:159 “…bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”

Rasulullah s.a.w. sering bermesyuarat dengan sahabat

Dari segi hukum syura berbeza pendapat
1.    Wajib
2.    Sunat

Ruanglingkup syura:
1.    Tidak syura kepada masalah yang sudah ada dalil qat’i
2.    Tidak keputusan syura yang bercanggah dengan nas-nas yang telah ada dalam al Quran dan al Sunnah.

Al Hurriyyah / kebebasan
Ciri-Ciri Kebebasan:
Kebebasan adalah anugerah Allah s.w.t. kepada makhlukNya

Syumul dan umum iaitu semua bangsa bebas berakidah

Sempurna iaitu kebebasan yang sempurna

Tidak mutlak iaitu ia terikat dengan konsep tidak memudharatkan kepentingan masyarakat

Jenis Kebebasan
1.    Hak Kebebasan Peribadi iaitu bebas bergerak dalam negeri selagi tidak menggangu orang lain
2.    Hak keamanan iaitu jaminan keselamatan diri dan hartanya oleh pemerintah
3.    Hak tempat tinggal iaitu tidak dibenarkan masuk dalam rumah orang lain kecuali meminta izin. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk dalam kediaman orang lain.
4.    Hak kerahsiaan perhubungan iaitu semua bentuk surat, email, telefon adalah terpelihara
5.    Hak kebebasan berfikir iaitu bebas berfikir
6.    Hak kebebasan dalam sosial dan ekonomi

Al ‘Adalah / Keadilan
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil (al Nahl:90)

Pemerintah wajib adail kepada semua rakyat

Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam menjalankan keadilan terhadap rakyat

Dalam Islam tidak ada keistimewaan kepada seseorang

Undang-undang tidak akan terlepas kepada sesiapa pun sama ada rakyat atau pemerintah

Al Musawah / Persamaan
Kejadian manusia adalah dari bentuk yang satu iaitu dari Adam dan Hawa

Persamaan antara kaya dan miskin walaupun mereka cacat atau buta hendaklah dilayan sama rata

Persamaan dari segi bebanan dan kewajipan menjalankan hukum al Quran dan al Sunnah

Mempertahankan negara adalah fardhu ain

Kerahan tenaga tidak dibenarkan kepada golongan yang tertentu sahaja

Al Mas’uliyyah / Akauntabiliti
Bertanggungjawab apa yang dilakukannya di hadapan Allah

Firman Allah surah al An’am:164  Ertinya: …dan tidaklah suatu kejahatan yang diusahakan melainkan orang itu sahaja yang menanggung dosanya

Bertanggungjawab dalam beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia

Allah s.w.t. akan menilai perbuatan manusia

Anggota manusia akan menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t. Surah al Qiyamah:14-15 “bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Hubungan Al Mas`uliyyah dengan sistem pemerintahan
1.    Hubungan yang baik dengan rakyat
2.    Menghayati konsep adalah, syura dan ihsan
3.    Pemerintah yang tawadhu’ dan belas kasihan
4.    Menerima dan menghormati pandang orang lain
5.    Menyelesaikan pertikaian selari al Quran dan Al Sunnah

************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com




No comments:

Post a Comment