Isu
Keganasan
Misi Rasulullah s.a.w. ialah mewujudkan
keamanan dalam kehidupan.
Tujuan asas agar manusia kembali pada
mentauhidkan Allah.
Ajaran Islam sering menawarkan keindahan
akhlak
Bom di Bali memperlihatkan pembunuhan
kejam untuk mendapai cita-cita golongan tertentu.
Lebih tidak adil apabila setiap keganasan
yang herlaku itu dikaitkan dengan perbuatan orang Islam.
Rasulullah s.a.w menegaskan seorang yang
beriman adalah orang yang menjaga orang lain dari gangguan tangannya.
Al-Quran menyebut Islam adalah jalan jalan
keselamatan (al-Maaidah: 16). Allah sama
sekali tidak menyukai kerosakan di muka bumi (al-Baqarah : 205).
Islam menggalakkan toleransi dan terbuka
dalam menghadapi perbezaan pendapat.
Orang yang tidak memiliki rasa toleransi maka
ia bukan manusia sebenar.
Ramai yang mengaku prinsip toleransi
sebagai sesuatu yang abadi.
Apabila keadaan mendesak perasaan marah
dan dendam dibiarkan.
Kesatuan dapat dicapai dengan belajar
untuk bersatu.
Namun begitu tidak boleh menafi adanya
perbezaan.
Oleh itu toleransi adalah jalan terbaik.
Terjemahan: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai
Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut
ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka
terus-menerus berselisihan. (Surah hud: 118)
Allah sendiri telah memberikan kemerdekaan
dan kebebasan memenuhi kehendak kepada manusia untuk memilih jalan hidupnya.
Allah tidak memaksa manusia sebaliknya
berserah apakah dia akan beragama Islam atau tidak.
Umat Islam lebih banyak dipengaruhi oleh
orang luar daripada Islam.
Kegiatan sosial diadakan tapi hanya
sebagai alat untuk merosakkan iman.
Untuk menghindarkan umat Islam daripada
pengaruh perlus kepada pemahaman agama secara luas dan benar.
Iaitu agama yang membimbing manusia ke
arah kebenaran umat manusia baik umat yang seagama mahupun bukan seagama.
Perang Dunia Kedua menjadikan
negara-negara Islam terpaksa menanggung beban.
Umat Islam seluruh dunia dinafikan hak
mereka.
Pencabulan dan penafian hak, secara
langsung amat ketara seperti yang berlaku di Palestin, Bosnia, Chechnya,
Kosovo, Afghanistan dan Iraq.
Isu
Barat
Hampir semua negara Islam yang dikatakan
merdeka pada hari ini sebenarnya tidak merdeka.
Kemerdekaan bersyaratkan kepada sejauh
mana mereka tidak mengancam Barat.
Kebebasan bersyarat yang mengorbankan diri
umat Islam.
Jika Barat setuju maka akan lebih
senanglah mereka merdeka dan menguruskan negara mereka sendiri.
Negara Islam yang walaupun merdeka,
tekanan diberikan dalam pelbagai bentuk.
Pelbagai cara dilakukan oleh Barat seperti
menggunakan sistem politik dan ekonomi yang mereka ciptakan untuk negara Islam.
Di Iraq baru-baru ini sistem itu
diketepikan kerana adanya agenda buruk yang tersirat.
Di Turki umat Islam menerima sekularisme
demi merdeka tetapi berterusan diikat oleh Barat.
Kini Turki amat berhati-hati demi mengelak
berdepan dengan ancaman Barat secara terbuka.
Kita di Malaysia juga tidak terkecuali
daripada ancaman berterusan Barat ini.
Namun kita harus bersyukur kepada Allah
s.w.t.
Kebijaksanaan dan pemikiran strategik
pemimpin-pemimpin kita sejak merdeka telah membolehkan membangunkan negara.
Lebih penting hendaklah berwaspada
Malaysia dijajah secara tidak langsung.
Alhamdullilah Malaysia lebih merdeka
daripada banyak negara Islam lain yang merdeka.
Kemerdekaan yang terhad ini haruslah
dipelihara dengan mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi yang sedia ada.
Isu
Perpaduan Dunia Islam
Negara-negara Islam kaya dengan sumber
minyak dan gas.
Kekayaan ini tidak menggambarkan kekuatan
negara-negara Islaml
Secara umum mereka berada dalam keadaan
yang lemah.
Faktor yang menyebabkan kelemahan ini
disebabkan cengkaman Barat.
Di samping itu kesatuan dan perpaduan umat
Islam yang lemah.
Kepimpinan yang tidak sehaluan
Masing-masing mempunyai kepentingan
sendiri.
Islam membentuk cara hidup manusia
berasaskan hukum dan keadilan sejagat.
Menjelaskan tentang hubungan manusia
dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia.
Dalam konteks ini Islam meletakkan hak dan
tanggungjawab seseorang.
Dalam Islam tidak ada “kebebasan mutlak”.
Setiap orang itu boleh menggunakan haknya
dengan batasan, jika tidak nescaya dia akan mengganggu atau menceroboh hak dan
kebebasan orang lain.
Islam menerima konsep 'perjanjian dan
perdamaian' dengan negara jiran dan pihak bukan Islam.
Perjanjian Hudaibiyah membuktikan ada
hubungan luar Rasulullah s.a.w. dengan negara-negara jiran.
Islam membenarkan orang bukan Islam
mempunyai hak memasuki negara Islam.
Islam memberi jaminan keselamatan ketika
mereka berada dalam negara Islam.
Mereka diberi kebebasan untuk tinggal dan
mengamalkan agama mereka.
Islam tidak membenarkan peperangan kecuali
dengan perintah ketua negara.
Jika berlaku peperangan ada peraturan yang
mesti dipatuhi seperti larangan membunuh orang awam, orang tidak upaya, orang
tua, kanak- kanak dan perempuan.
Orang yang terkorban hendaklah dihormati.
Tidak dibenarkan memusnahkan rumah
kediaman, makanan dan pokok buah-buahan.
Rumah ibadat tidak boleh diceroboh.
Ketika Nabi memasuki Kota Mekah jaminan
keselamatan telah diberikan.
Jika pihak musuh mahu kepada perdamaian,
Nabi menyuruh supaya menyahut secara positif.
Negara tidak boleh hidup dan maju tanpa
mempunyai hubungan dengan negara lain.
Prinsip hidup bersama secara aman adalah
suatu matlamat hidup bermasyarakat.
Kita tidak boleh melakukan sesuka hati
terhadap orang lain dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri.
Sikap prejudis Barat terhadap Islam sangat
jelas.
Sikap demikian berlaku disebabkan tidak
memahami Islam dan kesan Perang Salib.
Undang-undang secara bersendiri tidak
mampu untuk menyelesaikan masalah tingkah laku manusia.
Undang-undang ialah sesuatu pencegahan
yang bersifat luaran
Akhlak mempunyai nilai yang tersendiri
dalam pembentukan sahsiah berpandu kepada ilmu dan kefahaman ajaran agama Islam
yang betul.
Jihad
Jihad yang difahami oleh sebahagian orang
Islam iaitu al-Harb al-Muqaddasah (perang suci).
Buku al-Jihadfi al-Islam menyatakan,
bahawa jihad fisabilillah bertujuan membawa kebaikan, keadilan dan kebenaran.
Apakah jihad itu terbatas kepada
pertumpahan darah?
Adakah dakwah yang ditunjukkan oleh
baginda Rasulullah s.a.w itu penuh dengan kekerasan?
Cara-cara demikian bertentangan dengan
sirah Rasulullah s.a.w.
Sebenarnya Islam tidak datang dalam bentuk
keganasan (terrorisme).
Islam itu adalah damai, adil, toleransi
dan perikemanusiaan.
Terdapat media lebih suka menghubungkan
Islam dengan keganasan.
Sebenarnya keganasan juga berlaku di
kalangan bukan Islam dan di kalangan negara bukan Islam.
Jihad mempunyai erti yang luas tidak
terbatas kepada jihad dengan nyawa atau peperangan dan harta sahaja.
Jihad termasuk jihad ke atas diri dengan memerangi hawa nafsu dan menuntut ilmu.
Jihad dalam masyarakat memerangi
kejahilan, menghapuskan kemiskinan, membanteras gejala sosial, membangunkan
ummah, mengajak kepada perpaduan, meninggikan maruah dan syiar Islam.
Dunia semasa menghubungkan keganasan
dengan Islam dan penganut Islam.
Barat cuba tidak menunjukkan anti-Islam
tetapi prejudis terhadap Islam.
Anggapan Barat bahawa Islam mendatangkan
'ancaman' kepada mereka.
Menjadi tugas setiap orang Islam dan
kerajaan Islam memberikan imej yang sebenar tentang Islam
Cabaran
Globalisasi Dalam Ekonomi, Sosial Dan Politik Dunia Islam
Politik
Konsep globalisasi adalah diterima pakai
oleh masyarakat Malaysia
Malaysia telah mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan Negara-negara Berkecuali.
Malaysia ada hubungan khas dengan
Negara-negara Anggota Komanwel.
Malaysia telah menjadi anggota Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu.
Malaysia telah mengadakan hubungan khas
dengan Pertubuhan Negara-negara Islam.
Ekonomi
Malaysia telah mengukuhkan kedudukan
ekonomi dalam negaranya
Menangkis serangan penyangak mata wang dan
kegawatan ekonomi.
Malaysia telah mengadakan perdagangan
antarabangsa
Simpanan luar Malaysia yang melebihi 30
billion dolar Amerika.
Pengeluaran, eksport kereta, perindustrian
dan hubungan dengan negara luar.
Sosial
Malaysia juga telah berjaya mengekalkan
keamanan, toleransi antara kaum, kebebasan beragama, pendidikan, kesihatan dan
perpaduan.
Malaysia amat prihatin dengan nasib
negara-negara membangun
Malaysia juga memberikan sumbangan bantuan
kemanusiaan kepada banyak negara seperti Indonesia, Kampuchea, Somalia, Iraq,
Bosnia, Chechnya dan sebagainya.
Malaysia juga mengadakan hubungan dengan
negara kapitalis dan komunis serta mengamalkan dasar Pandang ke Timur (Jepun,
Korea dan Taiwan).
Masa
Depan Dunia Islam
Kebangkitan Islam boleh dilihat di merata
tempat di dunia hari ini.
Kebangkitan Islam ialah Ungkapan yang
menggambarkan usaha-usaha menegakkan
semula nilai-nilai Islam, mempraktikkan
amalan-amalan Islam, membangunkan kembali institusi-institusi Islam, menegakkan
undang-undang Islam mengamalkan Islam secara keseluruhan
Ia adalah percubaan untuk melahirkan
kembali akhlak Islam dan peraturan sosial Islam yang berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah.
Kebangkitan Islam ialah merujuk kepada
peningkatan mengamalkan syiar Islam di dalam politik, sosial, dan kehidupan.
Kebangkitan Islam boleh dirumuskan sebagai
tumbuhnya kesedaran Islam untuk menghayati ajaran Islam dalam semua aspek
kehidupan.
Dalam Kebangkitan Islam terdapat dua
istilah iaitu Tajdid dan Islah.
Tajdid bererti perubahan pemikiran umat ke
arah memahami dan menghayati Islam.
Mujadid yang dimaksudkan ialah pelopor
kepada Kebangkitan Islam.
Mujadid abad pertama ialah UmarAbdul Aziz.
Mujadid abad kedua ialah Iman Syafie.
Mujadid abad ketiga ialah Imam Asyari.
Mujadid abad keempat ialah Imam
al-Baqilani.
Mujadid abad kelima ialah Iman al-Ghazali.
Islah bererti memperbaiki sesuatu yang
sudah rosak.
Maksud Islah boleh dicapai melalui dua
proses:
Mempertingkatkan lagi penerimaan dan
pelaksanaan ajaran Islam.
Membanteras penyelewengan dan melindungi
kesucian agama Islam.
Sejarah
Kebangkitan Islam
Tahap
pertama
1. Zaman Rasulullah
2. Khulafa al-Rasyidin.
3. Umayyah
4. Abasiah.
Tahap
kedua
1. Zaman membebaskan
daripada belenggu:
2. Penjajahan
3. Khurafat
4. Tahyul
5. Bidaah
Sejarah
Kebangkitan Islam
Di
Arab
Gerakan al-Muwahhidun yang dipelopori oleh
al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791).
Gerakan ini berusaha menumpaskan
penyelewengan dalam ajaran tasawuf dan tarekat yang banyak mengandungi
unsur-unsur syirik, khurafat, dan bidaah.
Di antara amalan yang membawa kepada
syirik seperti memuja kubur para wali dan keramat.
Amalan khurafat yang meluas pada masa itu
ialah mempercayai ramalan tukang tenung dan sebagainya.
Amalan bidaah pula seperti mengadakan
perayaan Maulud Nabi, menambah kalimah tertentu dalam azan atau solat dan
sebagainya.
Perjuangan Muwahhidun untuk menghidupkan
semula ajaran Islam dalam bentuk yang mumi.
Di
Libya
Gerakan as-Sanusiyyah di bawah pimpinan
al-Sayyid Muhamad Al al-Sanusi
Menyeru masyarakat kepada cara hidup Islam
yang sebenarnya.
Gerakan ini berpengaruh di daerah pantai
Utara Afrika di Magribi dan Sudan.
Di
Mesir
Jamaludin al-Afghani (1839 - 1897).
Beliau juga berjuang menghadapi penjajah
Barat di Afghanistan.
Bagi Jamaludin al-Afghani, penjajahan
Inggeris merupakan malapetaka besar bagi dunia Islam.
Beliau mengajak umat Islam untuk bersatu
menghadapi malapetaka ini.
Refomasinya telah diteruskan oleh Muhamad
Abduh (1849 - 1905) dan Muhamad Rashid Rida (1865-1935).
Di
India
Syah Waliyullah al-Dahlawi (lahir 1703).
Beliau merupakan tokoh Mujadid dan pemikir
Islam yang begitu berpengaruh.
Fikrah dan sumbangan beliau bersifat
sejagat dan boleh dimanfaatkan oleh genarasi kemudian.
Tahap
ketiga
Kebangkitan Islam untuk membebaskan diri
dari ideologi-ideologi bukan Islam
Di antara gerakan-gerakan Islam yang
muncul di zaman ini ialah
1. Gerakan Ikhwan
al-Muslimin (Mesir)
2. Jamiat al-Islam
(Pakistan)
3. Gerakan al-Nur
(Turki)
4. Gerakan Hamas
(Palestin)
5. Gerakan Hizbullah
(Selatan Lubnan)
6. Gerakan Islam di
Iraq, Jordan, Syria, Sudan, dan lain-lain lagi.
7. Gerakan Ikhwan
al-Muslimin
8. Gerakan ini
ditubuhkan pada sekitar tahun 1928 masehi oleh Hassan al-Banna.
9. Gerakan ini
berkembang pesat di antara 1930-40an.
10.Setelah memasuki
arena politik Ikhwan dapat memainkan peranan yang penting dalam politik Mesir
11.Gerakan Ikhwan
al-Muslimin bermula di Mesir dan tersebar ke negara-negara Arab yang lain
seperti Syria, Iraq, Jordan, Sudan, Algeria, Pakistan, bahkan ke seluruh dunia.
Gerakan Ikhwan al-Muslimin
Menurut Dr. Mustafa Assiba'i Gerakan
Ikhwan al-Muslimin mempunyai lima tujuan utama iatu:
1. Memperbaiki individu
2. Memperbaiki keluarga
3. Memelihara umat
4. Menentang penjajah
5. Perpaduan Arab dan
umat Islam.
Tokoh-tokoh yang terkenal dalam gerakan
ini ialah:
1. as-Syahid Hassan
al-Banna.
2. Sayyid Qutb.
3. Abdul Qadir Audah.
Gerakan
Ikhwan al-Muslim
Sumbangan terhadap kebangkitan Islam
1. Ikhwan al-Muslimin
merupakan gerakan yang paling menonjol di abad ke-20.
2. Ia memberi inspirasi
kepada gerakan-gerakan Islam yang lain.
3. Ia dalah satu-satunya
gerakan dakwah yang fleksibel dan menyeluruh.
4. Perjuangannya dapat
memenuhi keperluan manusia dan ummah.
5. Peristiwa pembunuhan
dan penyiksaan terhadap anggota Ikhwan al-Muslimin yang dilakukan oleh
pemerintah Mesir sedikit sebanyak menimbulkan simpati masyarakat dunia.
Gerakan Ikhwan al-Muslim
1. Peristiwa tersebut
juga turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang lain bahawa medan
perjuangan penuh dengan tribulasi.
2. Ramai pelajar yang
kembali dari Timur Tengah mendapat didikan (tarbiyah) daripada anggota Dewan
al-Muslimin.
3. Sekembalinya ke tanah
air mereka berdakwah mengikut metod Ikhwan.
4. Sehingga hari ini di
mana-mana sahaja apabila memperkatakan tentang dakwah dan gerakan Islam disebut
nama Iman Hassan al-Bana dan Ikhwan al-Muslimin.
Jemaah Islami di Pakistan
1. Ditubuhkan pada tahun
1941 di bawah pimpinan Abu al-'Ala Maududi iaitu enam tahun sebelum wujudnya
negara Pakistan.
2. Sebaik sahaja
ditubuhkan negara Pakistan, Jemaah al-Islami menuntut digubalkan perlembagaan
negara berasaskan al-Qur'an dan Hadis.
3. Gerakan ini
menghadapi tentangan dari aliran pemikiran yang diwujudkan oleh penjajah
seperti Qadiani dan golongan yang kagum dengan tamadun Barat.
Jemaah Islami di Pakistan
Terdapat tiga dasar perjuangan Jamaah
al-Islami:
1. Menyembah Allah dan
jangan syirikkan Allah.
2. Redha dengan Islam
sebagai ad-Din
3. Pemerintah agar
melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.
Faktor-Faktor
Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam di seluruh dunia hari
ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
1. Tekanan Barat ke atas
dunia Islam dalam politik, ketenteraan, dan ekonomi.
2. Kegagalan pemimpin
sekular membawa perubahan dalam masyarakat Islam.
3. Wujudnya kemampuan
pihak Islam menentang pihak Barat. >>>
4. Fenomena menyayat
hati yang berlaku kepada umat Islam kini seperti di Bosnia Herzegovina.
5. Peranan gerakan Islam
dan pertubuhan dakwah antarabangsa.
Kesan-Kesan
Kebangkitan Islam
Kesan-kesan kebangkitan Islam hari ini:
1. Pertambahan umat
Islam.
2. Bertambah kesedaran
untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek kehidupan.
3. Kesangupan umat Islam
mengorbankan harta, masa bahkan jiwa demi berjihad ke jalan Allah
4. Tentangan dalam berbagai
bentuk yang ditunjukkan oleh musuh-musuh Islam terutamanya pihak Barat
Reaksi
Barat Terhadap Kebangkitan Islam
Barat melihat kebangkitan Islam pada hari
ini sebagai satu ancaman kepada mereka. Berbagai bentuk perancangan untuk
membantut kebangkitan Islam diadakan.
1. Melalui penulisan
akedemik
2. Melalui penggubalan
Dasar Luar Amerika
3. Melalui penayangan
filem
Bentuk-bentuk Reaksi Negatif Barat
1. Melabelkan negara
yang enggan tunduk kepada Barat sebagai terrorist.
2. Menyalahgunakan kuasa
dan mengenepikan peraturan antarabangsa.
3. Menyokong pemerintah
yang berjiwa sekular memerintah negara Islam.
4. Mengenakan sekatan
Ekonomi dan sekatan senjata
5. Memonopoli sumber
kekayaan negara Islam.
6. Mengamalkan
diskriminasi perkauman terhadap minoriti Islam di dalam negeri dan peringkat
antarabangsa.
7. Media Barat sentiasa
mencari peluang mengeksploitasi berita-berita yang boleh menghina Islam.
Sikap
Islam dalam Menangkis Reaksi Nagetif Barat
Mengakui hakikat permusuhan mereka
terhadap Islam. (Surah al Baqarah:120)
1. Memperbaiki imej
Islam
2. Mengurangkan
kebergantungan umat Islam kepada Barat.
3. Membangunkan negara
mengikut kaedah Islam
Kebangkitan
Islam Di Malaysia
Sejarah Kebangkitan Islam di Malaysia
ianya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
Peringkat
pertama
Sejarah awal kedatangan Islam ke alam
Melayu.
Aspek kepercayaan dan pemikiran
Aspek sosio-budaya
Aspek politik dan pemerintahan
Aspek ekonomi
Kebangkitan Islam Di Malaysia
Peringkat
kedua
Semasa penjajahan Barat
Kebangkitan Islam diperingkat pertama mula
malap dengan kedatangan penjajah British pada abad ke-18.
Banyak perubahan yang telah dibawa oleh
Inggeris termasuklah proses sekularisasi yang berjaya membawa masyarakat melayu
semakin lupa pada agama.
Dalam masa yang sama ajaran-ajaran Islam
banyak bercampur aduk dengan berbagai-bagai unsur syirik, khurafat dan bidaah.
Situasi di atas telah mendorong
tokoh-tokoh Islam pada masa itu untuk mewujudkan gerakan refomasi di Tanah
Melayu.
Pada peringat awal gerakan ini dipimpin
oleh mereka yang kembali dari Timur Tengah, yang banyak dipengaruhi suasana
kebangkitan Islam di sana.
Diantaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi,
Syeikh Tahir Jalaludin, Tok Kenali, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Ustaz
Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain lagi.
Usaha-usaha dilakukan untuk menerapkan
kembali perjuangan Islam melalui dua bidang iaitu melalui pendidikan dan
penulisan.
Bidang pendidikan ialah dengan menubuhkan
sekolah-sekolah agama (madrasah) dan institusi pondok, seperti Madrasah al-
Mashur (1919) di pulau Pinang, Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Madrasah
Muhammadiah (1917) di Kelantan dan lain- lain lagi. Manakala institusi pondok
banyak didirikan di Pantai Timur dan utara Tanah Melayu.
Bidang penulisan - melalui kitab, akhbar
dan majalah. Diantaranya majalah al-Iman (1906) diikuti majalah Neraca (1911)
diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin bersama rakan-rakannya Syed
Sheikh al-Hadi, Haji Agus Mohamad Taha dan Salim al-Kalali. Majalah al-Ikhwan
(1926) dan majalah Saudara (1928). Majalah Pengasuh (1918-1938) diterbitkan
oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Majalah-majalah ini amat
berpengaruh dalam mengubah sikap dan pemikiran masyarakat Melayu pada masa itu.
Kesan perjuangan tokoh-tokoh dan gerakan
yang ada pada masa itu telah berjaya: Menegakkan ajaran Tauhid yang mumi dan
membanteras penyelewengan dan kesesatan. Memupuk perjuangan menentang penjajah
(anti Malayan Union). Kesedaran untuk mengubah sikap dan pemikiran masyarakat
dalam aspek politik dan ekonomi.
Peringkat
ketiga
Di era kemerdekaan Tanah Melayu
Gerakan refomasi berteraskan agama mula
malap di akhir tahun 1920-an dengan munculnya golongan Nasionalisma Melayu yang
mendapat pendidikan Inggeris.
Golongan ini banyak menerajui kepimpinan
negara sebelum dan selepas merdeka.
Perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini
disambung oleh tokoh-tokoh seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman, Ishak Haji
Mohammad, Senu Abdul Rahman, Dato' Onn, dan Tungku Abdul Rahman.
Perjuangan mereka lebih kepada mengubah
masyarakat Melayu agar mereka memiliki harga diri di Tanah Air sendiri.
Dalam masa yang sama Gerakan Islam yang
turut berjuang menentang penjajahan British ialah Hizbul al-Muslimin.
Gerakan yang berlandaskan perjuangan
politik ini ditubuhkan pada tahun 1948, diketuai oleh Tuan haji Abu Bakar
al-Baqir. Kemunculan Hizbul al-Muslimin membimbangkan British dan pada awal
tahun 1950 pertubuhan ini telah diharamkan.
Pada tahun 1951 Parti Islam Se Malaysia
pula ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan tersebut.
Kegagalan membangunkan negara berteraskan
agama Islam dan banyak masalah-masalah sosial menyebabkan bangkitnya satu
suasana untuk kembali kepada Islam.
Kesedaran ini muncul di kalangan para
pelajar institut pngajian tinggi dan para belia.
Peringat
keempat
Tahun 1970-an sehingga kini
Peringkat ini dianggap era kebangkitan
Islam di Malaysia yang telah banyak memberi kesan kepada senario politik,
sosial, dan ekonomi negara.
Semenjak tahun 1970-an sehingga tahun
1990-an berbagai gerakan Islam telah ditubuhkan yang turut menyumbang kepada
kebangkitan Islam di Malaysia.
Salah satu masalah yang menonjol hari ini
ialah wujudnya ajaran sesat dan tarekat yang menyeleweng
Ajaran sesat ini tersebar di merata tempat
di negara kita dengan berbagai nama dan mempunyai ajarannya tersendiri.
Mereka bergerak di bawah label tasawuf,
menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan ajaran mereka.
Ajaran-ajaran sesat ini memberi cabaran
kepada kebangkitan Islam kerana menggugat akidah ibadah
Reaksi negatif masyarakat Non-Muslim -
walaupun proses Islamisasi telah berjalan begitu lama di negara kita, namun
sikap prejudis dan salah tanggapan mereka terhadap Islam masih tebal.
Bagi mereka, Islam adalah milik
orang-orang Melayu sahaja.
Segala kelemahan dan keburukan orang
Melayu memberi gambaran negatif kepada Islam itu sendiri.
Cabaran
dalam Kebangkitan Islam di Malaysia
1. Perpecahan di
kalangan umat Islam
2. Kemasukan budaya liar
dan gejala-gejala negatif dari luar.
3. Pengaruh idelogi
Barat
4. Perkembangan
teknologi telekomunikasi
Langkah-langkah
dan Strategi
1. Mempertingkatkan
komitmen ummah terhadap ajaran Islam
2. Penguasaan ilmu
pengatahuan dan teknologi
3. Membentuk perpaduan
ummah
4. Perpecahan akan
memudahkan pihak musuh menghancurkan Islam.
5. Peranan semua pihak
6. Ulamak sebagai
pewaris nabi mesti berperanan
7. Gerakan-gerakan Islam
hendaklah bekerjasama
8. Setiap individu
muslim perlu memberi sokongan kepada pemerintah ulama dan gerakan Islam
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun
Islam
Universiti
Teknologi MARA Perlis
02600 Arau,
Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206,
011-1070-4212, 04-988-2701
Email:
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL:
abdazizharjin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment